Kemenangan Syed Hussien Bukti Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

fabedca519d2ff459ff13a59e2ae9c4b66f822393f188Syed Hussien Syed Abdullah –fotoBERNAMA (2024)

KLUANG, 28 Sept (Iteenews) — Kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mencerminkan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata kejayaan calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya itu juga membuktikansemangat kebersamaan antara parti komponen dalam gabungan tersebut.

“Kita bekerjasama sebagai satu ketumbukan Pakatan Harapan (PH) dan BN.Kita bahagi-bahagikan tugas supaya kita dapat saling menyokong antara satu sama lain dan tetap berpegang kepada semangat PH sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan dengan BNantara rakan utama kita," katanya.

Syed Ibrahim berkata demikian semasa ditemui selepas pengumuman keputusan rasmi PRK itu di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Beliau juga berharap Syed Hussien, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk DUN Mahkotabagi menjaga nama baik Kerajaan Perpaduan padapandangan rakyat.

Syed Ibrahim berkata PH Johorsentiasa bersedia membantu dan memberikan kerjasama penuh kepada Syed Hussien bagi tujuan itu.

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi pula menyifatkan kemenangan itu sebagai kenangan manis buat ‘Pasukan Perpaduan Kluang’ yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempenselain membuktikan formula Perpaduan yang diketengahpada pilihan raya berkenaan diterima oleh Bangsa Johor.

Wong, yang juga Penyelaras PH Kluang bagi PRK DUN Mahkota, berharapkerjasama itu tidak terhenti dengan berakhirnya pilihan raya tersebut sebaliknya diteruskan kerana manfaatnya cukup besar kepada penduduk Johor.

PRK hari ini menyaksikan BN mempertahankerusi DUN Mahkota selepas Syed Hussien menang bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, jauh meninggalkan pencabar daripada Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar meraih 7,347 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *