KUALA LUMPUR, 24 Feb(Iteenews) –Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)perlu mengkaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan dan meningkatkan pemantauan terhadap pengurusan pinjaman pendidikan agensiitu.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 menyebut bahawa sehingga 31 Disember 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam.
“Bayaran balik pinjaman pendidikan yang tertunggak juga menunjukkan peningkatan dari tahun 2019 hingga 2023,” kataKetua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam kenyataan susulan pembentangan LKAN 1/2025 di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai pelaksanaanpengurusan Dana Penyelidikan Fundamental (DPF) oleh lima universiti penyelidikan (RU) awam, Wan Suraya berkata iamemerlukan pemantauan berkalabagi memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan.
“Laporan audit menunjukkan tahap kemajuan projek penyelidikan DPF berada pada tahap kurang memuaskan (53.9 peratus). Hanya 11.3 peratus projek yang dilaksanakan berada pada tahap baik sementara 7.3 peratus dikategorikan sebagai bermasalah,” katanya.
Menyentuh isu usaha berterusan (going concern)Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berdasarkan kedudukan kewangannya setakat 31 Disember 2023, beliau berkata kemampuan SWCorp menampung kos operasi dan komitmen kewangan pada masa hadapan bergantung kepada tambahan bantuan kewangan kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata masalahPTPTN, DPFdan SWCorp termasuk dalam Fokus Utama Audit iaitu satu daripada tiga isu tumpuan LKAN 1/2025 selain isu Pengesahan Penyata Kewangan dan Analisis Penyata Kewangan.
Ketua Audit Negara menerusi LKAN itu turutmengemukakan 10 syor kepada agensi Persekutuan bagi tujuan penambahbaikan.
Antaranya tindakan proaktif untuk meningkatkan kawalan dalaman agensi dan menambah baik sistem kewangan sejajar dengan keperluan piawaian perakaunan yang diterima pakaibagi memastikan pelaporan kewangan adalah tepat dan pengurusan tatakelola kewangan yang berkesan.