Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa
JOHOR BAHRU, 20 Mei (Iteenews) –Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menafikan dakwaan Timbalan Presiden parti Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa pelantikan vendor untuk mengendalikan sistem pemilihanparti itu tidak dibincangkan.
Pengerusi JPP Datuk SeriDr Zaliha Mustafa berkata perbincangan mengenai lantikan vendor dan juruaudit oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah diadakan dengan kehadiran Rafizi.
“Pada perbincangan ketika itu Rafizi langsung tidak mempertikaikan tentang lantikan vendor yang buat sistem pemilihan dan yang banyak dipertikai ialah lantikan juruaudit. Tiada apa dikatakan tentang vendor.
“Kenapa sekarang apabila kita dah selesai pemilihan peringkat Cabang, nak pertikai pula tentang lantikan vendor?,” katanyamenerusi video yang dimuat naik di Facebook beliau, hari ini.
Ketika berucap padaprogram Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Perak semalam, Rafizi yang juga Menteri Ekonomimendakwa pelantikan vendor untukmengendalikan sistem pemilihan parti itu dilantik secara rahsia dan tidak dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Biro Politik.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha yang jugaMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menegaskan bahawa JPP bagaimanapun tidakwajar diheret dalam sebarang pertembungan antara calon bertanding pada pemilihan parti sesi 2025-2028.
Beliau berkata JPP selaku badan bebas, komited untuk memastikan proses pemilihan berjalan lancar berdasarkan prinsip demokrasi yang adil dan telus.
“Kita akan pastikan perjalanan pemilihan pada kongres (Kongres Nasional PKR)berlangsungdengan baik dan insya-Allah kita akan tetap memastikan pemilihan berlaku secara adil, bersih, telus dan berintegriti.
“Berkempenlah dengan cara yang sihat dan matang, kemukakan kekuatan masing-masing dan apa yang anda boleh lakukan untuk kebaikan parti dan demi parti terus relevan,” katanya