Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Prk Nenggiri – Mohamad

f51f2b9843e9c7694d4e27af3544dbf166d1a40528e9fMenteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) yang juga Ahli Parlimen Rembau menyantuni warga emas Abd Rahman Salam pada Ziarah Kasih Tokmat di Kampung Nerasau hari ini.

REMBAU, 30 Ogos (Iteenews) –Timbalan Presiden UMNODatuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu selesa dengan kemenanganpada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Beliau berkata hal ini keranasetiap pilihan raya itu berlainan terutamanya dalam mengambil kira faktor demografi sesuatu tempat.

"Kita jangan terbawa-bawa dengan menang 3,000 lebih undi semasa PRK Nenggiri, kita rasakan bahawa PRK Mahkota pun boleh menang selesa.

"Kita perlu tahu, di Nenggiri itu kawasan luar bandar dan penduduknya hampir 99 peratus ialah orang Melayu, dan di Mahkota ia merupakan kawasan bandar yang penduduknya berbilangkaum iaitu Melayu sebanyak 57 peratus, kaum Cina (34 peratus) dan juga India tujuh peratus.

"Ia merupakan kawasan pengundi yangmempunyai latar belakang berbeza daripada Nenggiri.Pengundi juga mempunyai perbezaanpendapat," katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih DUN Kota di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata jumlah pengundi muda berumur bawah 40 tahun di DUN Mahkota lebih 50 peratus, jadi pendekatan berkempen perlu berbeza iaitu menepati kehendak pengundi.

"Pengundi muda selalunyadipengaruhi media sosial, maka sudah pasti BN danjentera daripada Kerajaan Perpaduanperlu menguatkan kempen dalam gerak kerja di media sosial," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemilihan calon, Mohamad berkata UMNO Bahagian Kluang dan UMNO Perhubungan Negeri Johor diminta untuk mengemukakan senarai pendek nama calon berkaliber untuk dinilai.

"Insya-Allah, dari segi pemilihan calon kita ada ramai yang berkaliber dalam BN, namun kita akan memilih seorang calon yang dapat memenuhi cita rasa pengundi di Mahkota nanti," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *