Isu Rakyat Palestin Dijangka Jadi Inti Pati Utama Muktamar PAS Ke-70

c54a25db399a44049fe0ee353cbc0d5866dd8dc0aa88d –REUTERS/Ramadan Abed 0ea7f2858cce87c6157890807acc34c2634c0908b5ce4

JERANTUT, 8 Sept (Iteenews) –Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar PAS ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.

Timbalan Presiden PASDatuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perwakilan juga akan mengetengahkan isu ekonomi, kos sara hidup,sensitiviti masyarakat Islam, di samping pelaksanaan Syarikat State Government (SG4) Group Sdn Bhd.

"Kita terbuka termasuk untuk memberi pandangan kepada pimpinan, tetapi saya jangka beberapa perkara akan menjadi isu utama dan kita akan dengar daripada perwakilan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PASdi sini hari ini.

Mengulas mengenai SG4, Tuan Ibrahim berkata ia merupakan mekanisme bagi mendukung gagasan kerajaan Persekutuan, selain menyelaras projek pelaburan di negeri-negeri terbabit.

Sebelum ini, media melaporkanKetua Panel Penasihat SG4Tun Dr Mahathir Mohamad berkataempat kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaituKedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menubuhkan sebuah syarikat bagi membolehkan hasil yang diperoleh negeri-negeri berkenaan diagihkan secara saksama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *