Isu Peletakan Jawatan Menteri: Jangan Beri Tekanan Kepada PM – Loke

07b716bc59f115b7da92f05bf011feb0683ae40a4be46SEREMBAN, 31 Mei — Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media Majlis Hi-Tea Bersama Pelajar Cemerlang SPM Negeri Sembilan di sebuah hotel hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEREMBAN, 31 Mei (Iteenews) — Semua pihak diminta agar tidak memberitekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan peletakan jawatan dua menteri dalam Kabinet baru-baru ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkataPerdana Menteri akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan menyeluruh dan mengikut budi bicara demi kepentingannegara.

“Pelantikan menteri ialah bidang kuasa danprerogatif Perdana Menteri (PM)… saya yakin beliau bijaksana dalam perkara ini dan akan ambil pelbagai pertimbangan serta mengisi (jawatan itu) kalauada kekosongan… setakat ini, belum ada kekosongan.

“Seperti yang diperkatakan PM, beliau hanya meluluskan cuti kedua-dua menteri, setakat ini mereka masih memegang jawatan tersebut, (mereka) hanya bercuti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersamaPelajar CemerlangSijil Pelajaran Malaysia2024 Negeri Sembilan di sini hari ini.

Pada 28 Mei lepas,Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan daripada Kabinetmasing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas tewas pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR)2025.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi kalah pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri memaklumkanAnwar telah menerima permohonan cuti serta pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi serta Nik Nazmi dan beliau bersetuju meluluskancuti kedua-duanya manakala sebarang keputusan lanjut dimaklumkan kemudian.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban, juga berkata DAP tidak akan mencampuri urusan mana-mana pihaktermasuk parti komponenberkaitanisu dalaman parti berkenaan.

“Soal Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meninggalkan UMNO dan mohon menyertai PKRjuga bukan urusan parti kita, jadi saya ambil pendekatan kalau ia tidak libatkan parti saya, saya tidak akan komen.