Hubungan Baik PKR, GRS Perlu Dijaga Untuk Hadapi PRN17 Sabah – Mustapha

039b4a622e1f77bab3a6134c6010bed268288f6eb3e75Datuk Mustapha Sakmud

KOTA KINABALU, 17 Mei (Iteenews) — Hubungan baik antara PKR dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dijaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), kataPengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ituDatuk Mustapha Sakmud.

Mustapha, yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, berkata walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama-sama Barisan Nasional (BN) pada PRN17,kerjasama dengan GRS akan dibincangsecara lebih lanjut.

"Kita (PKR) ada mengadakan (perbincangan) secara tidak formaldengan GRS… saya tahu mereka faham dan tentang kerjasama itu, mereka bersedia namunGRS sudah menyatakan sekiranya Pakatan Harapan dan BN bekerjasama, mereka akan bertanding solo…kita biarkan pihak GRS putuskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN17 PKR Sabah yang disempurnakanNaib Presiden PKRNurul Izzah Anwar dan turut dihadiri Menteri Besar SelangorDatuk Seri Amirudin Shari, yang juga Naib Presiden PKR.

Mustapha juga berkata perbincangan lanjut antara PKR dan GRS akan dilaksanamengikut peraturan asas yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang penting ialah bagaimana kita mengekalkan pemerintahan kita…oleh itu, kita harus menyatukan semua orang Sabah seperti (model) Kerajaan Perpaduan pada masa ini," katanya.