Hamzah Zainudin Bertanding Timbalan Presiden Bersatu

8f628c716996bfb4ef6869b4db342fa5637c46d0e4f32Datuk Seri Hamzah Zainuddin

PETALING JAYA, 21 Sept (Iteenews) –Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Pengesahan itu dibuat oleh seorang pegawai Hamzah selepas menghantar borang pencalonan bagi pihak Ahli Parlimen Larut itu di Ibu Pejabat Bersatu, pada pukul 11 pagi tadi.

Hamzah, yang menyandang jawatan Setiausaha Agung bagi penggal 2020-2023, akan bertanding untuk jawatan yang kini dipegang oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Difahamkan, Datuk Seri Ahmad Faizal akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden Bersatu, memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, susulan keputusan yang dibuat oleh Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada 13 Julai lalu, Muhyiddin berkatabahawa beliau telah diberi mandat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk berunding dengan barisan kepimpinan parti bagi memastikan pemilihan pada Oktober nanti tidak mengakibatkan perpecahan dalam parti.

Menurut Muhyiddin,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula ditawarkanjawatan Setiausaha Agung Bersatu.

Difahamkan, calon lain yang turut menghantar borang pencalonan bagi pemilihan di sini adalah Datuk Dr Radzi Jidin untuk jawatan Naib Presiden, manakala Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan penyandang Ketua ARMADA Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menawarkan diri bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Untuk rekod, Ahli Parlimen Machang itu tidak bertanding bagi jawatan Ketua ARMADA selepas beliau melepasi had usia untuk terus memegang jawatan dalam sayap parti itu.

Sementara itu, Pengerusi Tetap ARMADA yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PN Akmal Zahin Zainal Zahir, menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua ARMADA, manakala Penolong Setiausaha ARMADA Muhammad Faiz Rahmad, pula mencalonkan diri sebagai Timbalan Ketua ARMADA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *