Fuziah Salleh Dilantik Pengerusi PH Pahang Baharu

2b3b5d31d9d7e8b64b130a640a677a75655367514fb3cTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

KUANTAN, 28 Ogos (Iteenews) –Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikanDatuk SeriAmirudinSaari berkuat kuasa 26 Ogos.

Fuziah yang jugaPengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang berkata lantikan itu diputuskan pada Mesyuarat PH negeri,Isnin lepas dan beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor itu atas komitmen dan usaha membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN).

“Mesyuarat juga bersepakat untuk mendukung persefahaman bersama yang telah ditandatangani dan akan terus memperkukuhKerajaan PerpaduanPahang selaras dengan dasar perpaduan dan muafakat dalam perkongsian kuasa bersama.

”Sesungguhnya, pembentukan kerajaan Pahang hari ini ialah hasil sumbangan kerusi yang dimenangi PHdalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mesyuarat juga berpandangan PHperlu diberikan peranan dan pengiktirafan sewajarnya selari dengan Perjanjian Persefahaman penubuhan Kerajaan Perpaduan Pahang.

Fuziah berkata mesyuarat turut mencapai kata putus supaya lebih ramai pendukungPH dilibatkan ke dalamstruktur akar umbi Kerajaan Perpaduan Pahang untuk membentuk keutuhan kerjasama terutama sebagai persiapan menghadapi PRU16.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *