Formula Kerajaan Perpaduan Jadi Asas Kerjasama BN-PH Dalam PRN17 Sabah

2e304abf8ec685fddc7d241846d6ab3767337ae6bff19Datuk Arthur Joseph Kurup –fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

SHAH ALAM, 12 Nov (Iteenews) –Formula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan menjadi asas rujukan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan datang.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)Datuk Arthur Joseph Kurupberkata formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

“Baru-baru ini, BN Sabah telah mengadakan perjumpaan dengan PH Sabahdan hasilnya agak positif bagi kita untuk bekerjasama dalam PRNkerana kita mempunyai asas atau underline ‘interest’ bersama untuk mengekalkan formula Kerajaan Perpaduan yang sedia ada.

"Ini kerana telah terbukti bahawa, pertama, negara kita, khususnya rakyatmemerlukan sebuah kerajaan yang stabil. Rakyat juga sudah muak dengan ketidakstabilan politik yang pernah kita alami dalam penggal lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jabatan Pertanian 2024 di sinihari ini.

Arthur berkata demikian ketika mengulas perkembangan perbincangan kerjasama antara BN dan PH Sabah dalam menghadapi PRN17.

BN dan PH Sabah pada 5 Novlalu bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagimemperkukuh gerak kerja bersamatermasuk membuka peluang menjalin hubungan dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi PRN Sabah ke-17.

Kedua-dua parti dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa perkara itudibincangkan dalam pertemuan tidak rasmi di sini, hari inidengan kedua-dua pihak berkongsi aspirasi untuk memastikan asas kerjasama itumemberikan manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah.

Pertemuan tersebut juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan selaras dengan persefahaman antara pucuk pimpinan kedua-dua partiiaitu Pengerusi PHDatuk Seri Anwar Ibrahimdan Pengerusi BNDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.