Fokus Selesai Masalah Rakyat Sebelum Fikir PRN Sabah – Armizan

06aa29465b851a0421174ea30da8678166ae4f1867ba3Armizan Mohd Ali

KOTA KINABALU, 29 Sept (Iteenews) — Rundingan pembahagian kerusi antara rakan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya akan dimulakan apabila tiba masanya kelak.

Timbalan Setiausaha Agung GRSDatuk Armizan Mohd Ali berkata pada masa ini mandatGRS yang menerajui kerajaan negeri masih berbaki kira-kira setahundan tempoh terbabit akan digunakan sebaik mungkinbagi menyelesaikan masalah sertaisu yang menjadi keutamaan rakyat.

“Setakat ini kita belum mula pun buat rundingan pembahagian kerusi (Dewan Undangan Negeri), fokus kita selesaikan isu rakyat, gerakan agenda SMJ (Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya). Apapunperingkat ini kita yakinkan rakyat untuk pastikan mandat itu dapat kita tunaikan sebaik mungkin.

“Sabah berdepan pelbagai isu legasi, air dan sebagainya. Kita sudah ada usaha, strategi dan pendekatan isu air ini… projek itu telah mula bergerak, bukan hanya perancangan atas kertas sahaja,” katanyakepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat TahunanBahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)di sinihari ini.

Gagasan Rakyat merupakan parti komponen GRS bersamaParti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *