Fokus perkuat UMNO, usah fikir cadangan kembalikan sistem lama pemilihan – Ahmad Zahid

cef9153df421aceddddec9d8efc58e4266a4c059cdf88 Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 1c6f6c48e1105c34502841facf41e87f66a4c0c6bf5d3 Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar kenangan bersama perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

MERSING, 27 Julai (Iteenews) –Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua ahli memfokus kepada usahamemperkuatparti berbanding terlalu memikirkan cadangan untukmengembalikan sistem lama dalam pemilihan akan datang.

Beliau berkata bagimeminda sistem atau peraturan sedia ada yangmemberi peluang ahli parti di seluruh negara memilih kepimpinan tertinggi, perkara tersebut perlu dibawa ke Perhimpunan Agung Khas.

"Pemilihan UMNO akan dibuat pada2026 dan ada tempoh dua tahun lagi tetapi perkara ini perlu dibawa ke Perhimpunan Agung Khas kerana melibatkan pindaan perlembagaan, kalau sekadar peraturan ia akan dibawa dalam Majlis Tertinggi (MT).

"Namun janganlah kita terlalu fikirkan soal pemilihan parti. Saya berharap semua kepimpinan di peringkat nasional hingga cawangantumpukanlah kepada kerja-kerja memperkuat parti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Turut hadir Ahli MT UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Mersing Mohd Youzaimi Yusof.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional,berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal mengenai cadangan agar UMNO kembali kepada sistem lama yang memberi hak mengundi kepada 2,500 perwakilan pada pemilihan parti melibatkan jawatan tertinggi di peringkat pusat.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga meminta ahli parti agar menghormati pandangan Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah bahawa DAP tidak perlu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, yang berlangsung 17 Ogos ini.

Beliau juga berkata hasrat Johor melancarkan sekolah rintis mulai 2025bagimencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor adalah inisiatif yang baik dan harus mendapat sokongan kerajaan pusat.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berhasrat melaksanakan inisiatif itu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *