Fahmi Luang Masa Ziarah Pemimpin, Mantan Pemimpin PKR Kelantan

2441093858a1d9e683ce4a39d834cef9678f17ffd0349 Kredit : Fb Fahmi Fadzil e6c0da40118dfd1816a8fafb3c4d6823678f17e587cfd Kredit : Fb Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Iteenews) — Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi seorang mantan pemimpin dan seorang pemimpin PKR Kelantan semasa berada di negeri itu semalam.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Fahmi berkata beliau berkesempatan bertemu bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan Intan Rohani Tan yang pernah menjadi Ahli Majlis Wanita PKR pertama di negeri itu, serta pernah menyandang jawatan Naib Ketua Wanita Pusat.

Beliau turut memaklumkan sempat melawat Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Tumpat Nakri Ismail yang mengidap angin ahmar.

“Semoga rakan-rakan KEADILAN Kelantan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki yang meluas dan dipermudah segala urusan. Insya-Allah, semoga kita bertemu lagi,” katanya.