Fadhlina Menang Ketua Cabang Nibong Tebal, Nurul Izzah Menang Tanpa Bertanding Di Permatang Pauh

549f4e338b07b083a154ec09a87520c66803bbc576520

GEORGE TOWN, 19 April (Iteenews) –Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek memenangi jawatan Ketua Cabang Nibong Tebal pada Pemilihan PKR 2025 peringkat Cabang yang berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang hari ini.

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Nibong Tebal memperoleh677 undi sekali gus menewaskan dua pencabarnya iaituKetua AMK Nibong TebalMuttaqeen Mustafayang mendapat 335 undi danMuhammad Navalan Abdullah yang sekadar meraih 72 undi.

Keputusan itu diumumkan menerusi laman rasmi Pemilihan PKR 2025 https://pemilihan.keadilanrakyat.org. malam ini.

Sementara itu, Fadhlina ketika dihubungi Iteenews menyifatkan kemenangan tersebut sebagaisatu amanah besar yang perlu dipikul sebaik mungkin dan berterima kasih kepadaseluruh ahli parti PKR Cabang Nibong Tebal yang memberi mandat kepadanya.

“Fokus utama waktu ini adalah untuk mengukuhkan parti di peringkat cabang dan memastikan Nibong Tebal kekal kubu kuat PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berpaksikan kebaktian kepada seluruh masyarakat di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cabang Nibong Tebal Datuk Dr Amar Pritpal Abdullah pula menang jawatan Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal dengan 551 undi, menewaskan dua pencabarnya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh.

Selain itu, Timbalan Pengerusi MPN Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid yang juga Timbalan Ketua Menteri I menangjawatan Ketua CabangTasek Gelugor apabila meraih 412 undi, menewaskan pencabarnyaMuhammad Zakwan Mustafa Kamal iaitu Timbalan Setiausaha Agung PKR yang memperoleh319 undi.

Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Fahmi Zainol yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejakkalah dalam perebutan jawatan Ketua Cabang Jelutong apabila hanya mendapat 181 undi, kepadapenyandangnya Datuk Johari Kassim yang meraih 208 undi.