DUN Mahkota: Tok Mat Ingatkan Jentera Parti Tidak Jadi \’Pelancong Politik\’

fb5c8ce36428ce6efb4e12ce941ef20666c9ca6bb8702Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada sesi pergulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Merdeka hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Iteenews) –Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan jentera parti agar tidak hanya sekadar menjadi ‘pelancong politik’ di Kluang, Johor, pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bulan depan.

Beliau berkatasebaliknya jentera parti perlu bekerja kuat bagi mengekalkan kemenangan di DUN berkenaan dengan memastikan gerak kerja kempen menyeluruh bagi sesiapa sahaja calon yang dipilih kelak.

“Kita akan bertemu semula di Mahkota, betul kita menang 5,000 lebih undipada pilihan raya negeri yang lalu tapipadapilihan raya umumparlimen prestasi di situ tidak membanggakan, jadi kita kena berhati-hati, jangan ingat menang di (PRK DUN) Nenggiri kita boleh senang-senang menang di Mahkota.

“Padangnya lain belalangnya lain, cara bermain pun lain, jadi turunlah ramai-ramai bantu kempen,tapi bila turun ramai-ramai pekan Kluang ini kecil saja, jangan sampai kita turun ramai-ramai menyesakkan orang di Kluangturun bekerja…jangan jadi ‘pelancong politik’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63,pada 2 Ogos lalu ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Mohamad berkata dalam soal pemilihan calon bagi kerusi berkenaan, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan hendaklah mengadakan perundingan secara berhemah dan mengelakkan sebarang perselisihan.

“Insya-Allah berunding elok-elok cari calon baik.Kita boleh menang tapi jangan terlampau yakin, bekerja mesti kuat, dan kita mesti pastikan bahawa segala yang kita lakukan adalah demi kebaikan agama, bangsa dan negara, ” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *