Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) beramah mesra bersama calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir ketika hadir membantu kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Jeti Nelayan Darat Kampung Ranggas.
Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berucap ketika hadir membantu calon Barisan Nasional berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Jeti Nelayan Darat Kampung Ranggas.
TAPAH, 24 April (Iteenews) — Sentimen positif pengunditerhadap calon danhujah kukuh dalam menangkis dakwaanpihak lawan menjadi dua'modal politik’ untukBarisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini.
Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd AkinberkataMenteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamadberjaya menjawab pelbagai isudimainkan pembangkang pada persidangan DUN Perak dari 15 hingga 22 April, iaitu dalam tempoh kempen PRK Ayer Kuning sedang rancak berlangsung.
“Sentimen rakyat sangat baik terhadap calon. Tambahan pula, Menteri Besar Perakberjaya menjawab pelbagai isu dimainkan pembangkang. Ini memperkukuh kredibiliti kerajaan negeri dan BN.
“Usaha mereka (pembangkang) untuk menyerang BN tidak berjaya mencapai matlamat,” katanya kepadaIteenews ketika membantu kempencalon BN Dr Mohamad Yusri Bakir di Kampung Sungai Ranggasdi sinimalam tadi.
Bagaimanapun,Shamsul Iskandar yang jugaKetua Cabang PKR Hang Tuah Jayamenekankan kepentingan strategi dalammemastikan kadar keluar mengundi adalahtinggi bagimencapai kemenangan pada PRK itu.
PRK Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnyaIshsam Shahruddinpada 22 Feb lepas.