Dokumen Tambahan Libatkan Najib: Menteri UMNO Sedia Beri Keterangan Kepada Mahkamah

52f2e60e924cc024276bbdf206ffe90e6781454069451Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Iteenews) — Menteri-menteri yang mewakili UMNO bersedia memberikan kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan untuk memberikan keterangan berhubung kewujudan dokumen yang membolehkan bekas Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkataperkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang berlangsung di Menara Dato Onn.

Beliau berkata UMNO bersyukur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan dokumen itu.

“UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan dokumen tambahan itu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaandi sini malam ini.

Pada masa sama, beliau berkata UMNO akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Najibselaras dengan kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Asyraf Wajdi berkata UMNO selaku satu-satunya parti yang termaktub di dalam Perlembagaan partinya untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu, akan sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi ke bawan Yang di-Pertuan Agong.

Pada Isnin lepas, Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen mengenai satu perintah yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumahkepada Mahkamah Tinggiuntuk perbicaraan mengenai meritnya.