Dilantik TYT Pulau Pinang: Ramli Miliki Ketokohan Negarawan – Annuar Zaini

f9eeac6ed7d94694233d7faa914072e7680a179d3b0caYang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Ramli Ngah Talib pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Istana Negara di sini hari ini.Ramli, 84, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH, 24 April (Iteenews) — Memiliki perwatakan seorang tokohseperti Negarawan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadikan Tun Ramli Ngah Talib layak dilantik sebagaiYang Dipertua Negeri Pulau Pinangkesembilan.

Perkara itu dinyatakan olehYang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini yangpernah bekerja bersama Ramli kira-kira 40 tahun lepasdalam pelbagai peringkat dan bidang.

“Pada saya, beliau seorang yang mempunyai hati yang baik, bersih … saya melihat perkara itu sewaktu bekerja bersama beliau dan ketika bertugas dengan Allahyarham Tun Abdullah, ada persamaan. Beliau memiliki sifat insaniah dan kemanusiaan, ada banyak persamaan antara mereka.

“Beliau tidak suka cakap banyak, tidak suka mengata buruk tentang orang, tak suka dengar cerita buruk orang … barangkali latar belakang peguam yangmenjadikan beliau kalau tak ada bukti jangan cakap apa-apa,” katanya ketika dihubungi Iteenews.

Mohd Annuar berkata bekas Yang Dipertua Dewan Rakyatitu juga selalu menasihatinya tentang pelbagai perkara terutamanya melibatkan tingkah laku, nilai dan pendirian sebagai seorang pemimpin yang mentadbir sesebuah agensi atau institusi di negara ini.

Beliau berkata dari segi pembangunan infrastruktur dan pendidikan di Perak pula, Ramli semasa memegang jawatan Menteri Besar melakukan pelbagai pembaharuan yang memberi impakbesar kepada rakyat di negeri itu.

“Pembangunan infrastruktur di Pasir Salak misalnya, di jajahan kecil, iaitu Kampung Gajah sebelum itukira-kira 30 tahun selepas merdeka tiada bekalan elektrik, namun selepas beliau dilantik menjadi Menteri Besar, daerah kecil itu dibangunkan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan.

“Selain itu, dalam pendidikan, sekolah perubatanyang sekarang ini menjadi fakulti perubatanUniversiti Kuala Lumpur (UniKL), beliau buat semasa saya bersamanya di Yayasan Perak, yang asal itu kita namakan Kolej Perubatan Diraja Perak,” katanya.

Terdahulu, Ramli dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilanberkuat kuasa pada 1 Mei 2025 bagi tempoh empat tahun hingga 30 April 2029.