DAP Wilayah Persekutuan Cadang Sistem Pelantikan Ahli Majlis Untuk KL

2e4699da2881b6da3651a514dc39460867024f5faf5a0Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bercakap pada pemberita selepas hadir Konvensyen Biasa DAP Negeri Johor di Cathay Restaurant Eco Spring hari ini.

KUALA LUMPUR, Okt 13 (Iteenews) — Cadangan DAP Negeri Wilayah Persekutuan untuk memperkenalkan reformasi dengan melaksanakan sistem pelantikan Ahli Majlis untuk Kuala Lumpur bagi memastikan tadbir urus yang baik merupakan pendekatan yang bijak dan progresif, kata Setiausaha Agung DAPAnthony Loke.

Beliau berkata cadangan tersebut merupakan langkah pertama yang bijak dan akhirmya matlamat utama adalahke arah pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.

Beliau berkata ketika ini Dewan Bandaraya Kulala Lumpur (DBKL) hanya mempunyai Lembaga Penasihat dan bukan Ahli Majlis dilantik seperti yang berlaku dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain.

“Memandangkan beberapa kekangan yang ada ketika ini, ini mungkin satu pendekatan progresif yang boleh dipertimbangkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di sinihari ini.

Beliau berkata cadangan tersebut akan dirujuk kepada majlis kepimpinan Pakatan Harapan untuk pertimbangan lanjut sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi dalam kerajaan.

Pelantikan Ahli Majlis adalah antara resolusi utama yang diluluskan oleh DAP Negeri Wilayah Persekutuan hari inidengan PengerusinyaTan Kok Wai berkata ia merupakan langkah pertama ke arah reformasi yang lebih meluas, yang akhirnya akan membawa kepada mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.

Menambah kepada ulasan Loke, Naib Presiden DAP Teresa Kok menekankan kepentingan meminda Akta Ibukota Persekutuan 1960 untuk membolehkan Kuala Lumpur mempunyai Ahli Majlis.

“Semua PBT di seluruh negara adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 tetapi disebabkan Kuala Lumpur adalah sebuahibu kota, memang tak ada jawatan Ahli Majlis yang termaktub dalam akta ini.

“Jadi, adalah sangat penting bagi kerajaan MADANI ini untuk meminda Akta Ibu Kota supaya Kuala Lumpur akan mempunyai Ahli Majlis, sama seperti semua PBT di seluruh negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *