Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika berucap pada Majlis Minum Petang bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri Chennah hari ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke beramah mesra bersama ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri Chennah selepas sesi penyerahan sumbangan pada Majlis Minum Petang, hari ini.
SEREMBAN, 23 Feb (Iteenews) –Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihanJawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC)sebagai perkara biasa yangditimbulkan pihakluar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Beliau berkatapihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
“Biasalah setiap pemilihan ada macam-macam dakwaan, pimpinan DAP ini memang pasukan yang bersatu padu dan kuat jadi kita tak perlu endahkannya, dakwaan ini daripada orang luar tak ada kena-mengena dengan parti, mungkin ada yang dengki dengan DAP, ada musuh politik dan sebagainya.
“Semua pemimpin kita matang dan tahu menilai, tak perlu bergaduh dengan perkata seperti ini. Saya tak tahu ada kem-kem (dalam DAP), hanya ada kem DAP,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hi-Tea bersamaJawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri Chennah hari ini.
Lokeyang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian bagi mengulas dakwaan di laman mediasosial berhubung wujudnya kem antara beliau danPengerusi DAP Lim GuanEngmenjelangpemilihan CEC dijadualkan Mac ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Chennah itu berkata parti tersebutsentiasa melaksanakan proses peremajaan dan meletakkan ramai muka baharu dalam pemilihan CECtermasuk sebagai calon dalam pilihan raya sekali gus mendedahkan mereka dengan pengalaman kepimpinan.
Sementara itu, Loke yang jugaMenteri Pengangkutan berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bebas mengambil pendekatan yang difikirkan sesuaidalam memperkukuhagensi itu termasuk cadangan mewujudkan Pasukan Tindakan Khas dalam kalangan anggota.
“Memang JPJ ada mekanisme mereka sendiri untuk memantau keberkesanan penguat kuasa, saya menyokong sepenuhnya tindakan JPJ dan mereka sentiasa memberikan maklum balas kepada kementerian,” katanya.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli sebelum ini dilaporkan berkata cadangan penubuhan pasukan ituakan dibawa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini untuk dipertimbangkan.