Chow Terus Fokus Agenda Kerajaan Negeri, Tidak Peduli Pengkritik

d66ed5648b3be1912a17a70067e59c6065604d1df1faaChow Kon Yeow. (Gambar fail)

GEORGE TOWN, 7Sept(Iteenews) — Ketua Menteri Chow Kon Yeow berikrar akan terus memberikan fokusterhadap agenda pembangunankerajaan negeri itu dengan melaksanakan segala program dan projek yang dirancang, walaupun ada pihak melabelnyasebagai ‘lame-duck’ susulan keputusannyauntuk tidak mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang.

Chow berkata walaupun tanpa jawatan Pengerusi DAP negeri selepas ini, beliautetap akan melaksanakan kewajipannya sebagai Ketua Menteri, keranaterdapat banyak projek kerajaan negeri masih di peringkat permulaan danmenunggu kelulusan, termasuk projek di bawah visi Penang2030 serta Manifesto 2023 Pulau Pinang yang perlu ditunaikan.

“Ada kenyataan bahawa dengan tak ada jawatan pengerusi negeri, saya akan seolah-olah menjadi Ketua Menteri‘lame-duck’ (lemah). Lame-duck ini adalah konsep sistem di Amerika Syarikat apabila ada dua kumpulan politik yang besar, selalu melibatkan pengundian di dalam kongres dan sebagainya.

“Namundalam konteks Pulau Pinang, kerajaan adalah sayap eksekutif yang teruskan dengan pelaksanaan dan jarang sekali ada keperluan untuk mendapat sokongan legislature,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaranAdvanced Technology Equipment Cluster (ATEC) yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tongdi sini hari ini.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu menegaskan tindakan pihak-pihak berkenaan juga tidak akan menghalang jentera kerajaan negeri di bawah pimpinannya untuk melaksanakan semua inisiatif termasukprojek persekutuan yang dirancang untukPulau Mutiara itu.

Rabu lepas, Chowmengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannyadalam pemilihan parti pada Konvensyen Biasa DAP di Spice Arena, Bayan Lepas 22 Sept ini.

Chow yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinangkelima, mengambil alih tampuk kepimpinan tertinggi negeri itu pada 2018, sebelummengangkat sumpah jawatan tersebutbagi penggal kedua pada 13 Ogos tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *