Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Iteenews) –Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
Timbalan Perdana Menteri menyifatkan cadangan individu tertentu itu sebagai ‘bermimpi di siang hari’.
“Kita tidak pernah terpengaruhdengan mana-mana desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN.
“…tidak pernah dibincangkan (mengeluarkan MCA dari BN) cadangan itu hanyalah desakan daripada orang yang ‘bermimpi di siang hari’,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Inap Desa di Bangunan Parlimen, di sinihari ini.
BN dianggotai UMNO,MCA,MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Media baru-baru ini melaporkanPresiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkanterdapat ‘orang luar’ yang mencadangkan agar UMNO menyingkirkan MCA daripada BN.