Cadangan Bubar MCA, Sertai DAP Tidak Mungkin Berlaku – Loke

db595cf067d16cf680f06fcfda946e8468175798d52d9Anthony Loke

SEREMBAN, 4 Mei (Iteenews) — Cadangansupaya MCA dibubarkan dan menyertai DAP tidak mungkin berlaku, sebaliknyahanyalah kenyataan peribadi Ahli Parlimen KamparChong Zhemin.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata cadangan berkenaan juga tidak melambangkan pendirian DAP selaintidak pernah dibincangkan di dalam parti itu.

“Bagi saya perkara itu tidak timbul. Secara terus terang saya katakan itu pandangan beliau (Chong) sahaja.

“Beliau boleh memberikan pandangan, namun pertama sekali ia bukanlah pendirian parti dan kedua, saya tidak nampakada kemungkinan seperti itu,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas majlis minum petang dan pemberian insentifkepada 219pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 peringkat Parlimen Serembandi sinihari ini.

Semalam, media melaporkan Chongmenyarankan MCA dibubarkan dan menyertai DAP sekiranya masih berhasrat memperjuangkan nilai majmuk, keadilan dan kemajuan sejati di negara ini selain menyatakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sudah tidak lagi mewakili masyarakat Cina.