Cacian, Kebencian Dan Angan-angan Jadi Hidangan Muktamar PAS Ke-70 – Saifuddin Nasution

1bb5d0ffa3f17c73a452fba50b2a1591667a95884bed7Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismai

PUTRAJAYA, 17 Sept (Iteenews) — Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin PAS dalam ucapan serta resolusi sepanjang lima hari berlangsungnya Muktamar PAS ke-70 yang melabuhkan tirai pada Ahad lepas, kataKetua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyifatkan muktamar itu sebagai rakaman sejarah yang menjadi medan kemuncakpolitik kebencian serta membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun di bawah pimpinanPresidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Umat Islam di Malaysia menghadapi pelbagai masalah seperti penagihan dadah, keganasan domestik, rasuah serta kemiskinannamun PAS dan Abdul Hadi ketandusan idea dalam isu mendesak ini.

“Sebaliknya merekalebih fokus berangan-angan ingin merampas kuasa Kerajaan Perpaduan dan mengabaikan agenda hudud yang dilaung sebagai prinsip PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata parti yang ditubuhkan pada 1951 itu telah menyimpang jauh daripada perjuangan asal yang diasaskan oleh tokoh seperti Profesor Zulkifli Muhammad, Burhanuddin al-Helmi, Fadhil Noor, Yusuf Rawa dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

— LAGI

SAIFUDDIN-PAS 2 (AKHIR) PUTRAJAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *