BN Tidak Pernah Benarkan Mana-mana Pihak Guna Nama BN, Lambang Dacing – Dr Zambry

80386a3bbb67c9493f3babfb90c8f6b466ec307518619

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Iteenews) — Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkanmana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan politikitu atau lambang dacingtanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri DrZambry Abd Kadir dalamkenyataan hari ini berkata gabungan itujuga tidak pernah membincangkan atau mengetahui langkah-langkah yang dibuat oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang cuba mengaitkan BN dengan parti berkenaan.

“Merujuk kepada laporan berita daripada Utusan Borneo Online bertarikh 17 September 2024 dengan tajuk “TERAS mahu jadi parti politik terbesar di Sarawak” yang cuba mengaitkan Barisan Nasional dengan perkara ini adalah amat dikesali,” katanya.

Utusan Borneo Online pada 17 Sept lepasmelaporkan Pengerusi TERASAffendi Jeman sebagai berkata "TERAS sebagaimana parti lain di Malaysia dan Sarawak secara amnya merupakan salah satu parti politik yang telus dalam memperjuangkan nasib rakyat yang mana Barisan Nasional (BN) menjadi asas perjuangan TERAS."

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *