BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat Dan Negeri Hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

b9a398b908f0e4b1bfd5e730227fda64682043dd88306 Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU) kali pertama hari ini. e99bdd240b6d8ff632dfb63cc8efe1e9682043f9c223e Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU) kali pertama hari ini. Turut sama Menteri Luar yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. 55b0d07d9ab9c36ed83e912c39e58a286820443ed8578 Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memyampaikan sijil kepada pelajar Sekolah Patriotik UMNO pada Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU) kali pertama hari ini. Turut rsama Menteri Luar yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Iteenews) — Gabungan parti dalam Kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat antara parti di peringkat pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.

“BN, PH bukan satu plus sahaja tetapi ‘plus, plus, plus’ dan ini melihatkan keterbukaan kita (untuk bekerjasama dengan parti di Sabah). Pastinya, bukan hanya parti politik dari Semenanjung dan bukan juga semata-mata parti politik Sabah,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU), di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.

Beliau berkata kerjasama menyeluruh antara parti di semua peringkat amat penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang untuk Sabah dapat diteruskan sekiranya gabungan Kerajaan MADANI memperoleh kemenangan dalam PRN itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid menasihatkan semua ahli parti dalam Kerajaan MADANI supaya tidak membangkitkan isu pembahagian kerusi, khususnya menjelang mana-mana pilihan raya negeri.

“Jangan terbawa-bawa dengan emosi atau membuat analisis mengikut pandangan masing-masing. Soal pembahagian kerusi dan sebagainya perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan.

“Kami di peringkat tertinggi sentiasa mengadakan pertemuan dan rundingan. Namun setakat ini, perkara itu belum dibincangkan, jadi ia tidak seharusnya dibangkitkan,” tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda AMANAH Fadhli Umar Aminolhuda, yang menyelar tindakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, kerana menolak cadangan formula agihan kerusi 14:14 antara PH dan BN bagi menghadapi PRN Melaka.