Calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir bergambar bersama pimpinan parti selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Command Centre BN di Kampung Haji Tahir, Temoh hari ini.
TAPAH, 26 April (Iteenews) — Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang denganmajoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.
Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065undi untukmenewaskan AbdMuhaiminMalek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh6,059undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106undi).
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di pusat penjumlahan undi diDewan Merdeka di sinimalam ini.
Ahmad Redhauddin turut mengumumkan bahawa 289 undi ditolak dan peratusan keluar mengundi pada PRK itu ialah 58.07peratus.
Keputusan itu menyaksikan DUNAyer Kuning terus menjadi kubu kuat BN yang dikuasai parti berkenaan sejak 1986.
Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 menyaksikanIshsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, menangkerusi DUN itu dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.
Dalam pada itu, kemenangan Mohamad Yusri, 54,diraikan pemimpin BN dan Pakatan Harapan yang mengiringi beliau ke Dewan Merdekapada 9.30malam.
Antara yang hadir Menteri Besar Perak merangkap Pengarah PRK DUN Ayer Kuning Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Agung UMNO DatukDr Asyraf Wajdi Dusuki,Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon danPenyelaras DAP bagi PRK Ayer Kuning Howard Lee Chuan How.
PRK itu diadakan susulan kematianIshsampada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.