BN Perlu Jawab Sebarang Isu Tular Dalam Tempoh Tiga Jam – Ahmad Zahid

c3133e8b9466f362a0b485971c264698682f4686960ddTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menyampaikan ucapan pada Program BN Forum ke-4 : Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari PRU Kanada, Singapura dan Australia di Menara Dato\’ Onn.

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Iteenews) — Barisan Nasional (BN) perlu menjawab sebarang isu yang tular di media sosialterutamanya persepsi negatif mengenai parti itu dalam tempoh tiga jam, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata persepsi tidak baik terhadap parti itu perlu ditepis dengan pantas bagi mengelakkan orang ramaimempercayainya hingga memudaratkan parti.

“Kita kalah pada2018apatah lagi pada2022 kerana pada hemat saya persepsi yang dilemparkan kepada kita itu terlalu berat dan kita tidak menangani persepsi itu dalam tempoh yang dekat.

“Media sosial mesti digunakan sebagai asas utama dan sebarang isu terutamanya persepsi negatifmesti dijawab dalam tempoh tiga jam, kita (sebelum ini) menjawab selepas tiga hari, kadang-kadang lepas 30 hari, ini telah terlekat di minda rakyat walaupun adakalanya tidak betul (persepsi),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada program Better Nation BN Forum keempat bertajuk ‘Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari PRU Kanada, Singapura, Australia’di sinimalam ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata BN perlu mempunyai jentera politik moden dan dinamik, yang bijak menggunakan data serta mewujudkan komunikasi dua hala.

Selain itu, beliau berkataBN juga perlu bangkit dengan politik harapan (politics of hope) dan mampu memimpin dengan kestabilan serta dasar sesuai bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

“Politik intelektual mesti diwujudkan kerana rakyat semakin celik dan mahu politik yang mempunyai isi. Kunci kejayaan partiadalah pemulihan terhadap kepercayaanbukan sekadar menambah undi,selain memerlukan model politik pascapolarisasi,” katanya.

Beliau berkata BN juga perlu belajar daripada keputusan PRU di Kanada, Singapura dan Australia yang menyaksikan parti membentuk kerajaan adalah parti yang berdepan dengan pelbagaicabaran namun kekal memerintah.