fb Zambry Abd. Kadir
KANGAR, 16 Nov (Iteenews) — Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkeyakinan BN di Perlis mampu bangkit semula menguasai negeri itu dalamPilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Beliau yakin bahawa rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini berserta pimpinan parti itu di Perlis.
“Tentunya paling mustahak adalah bagaimana rakyat akan membuat penilaianterhadap kerajaan (negeri) yang ada ini dengan apa pernah dilaksana di bawah BN (dulu).Kesemuaini tentunya membuatkan rakyat akan memikirkan sebaik-baik kerajaan itu adalah daripada BN dan Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini.
“Sayayakin rakyat dapat buat perbandingan zaman BN dengan zaman (kerajaan negeri)yang ada pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Perlis di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi BN Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman.
Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata BN di Perlismempunyai potensi yang sangat baik untuk menawan kembali negeri itu apabila dilihat mempunyai gerak kerja disusun begitu rapi, selain semangat kerjasama yang mantap serta perpaduan dalam kalangan mereka begitu baik sekali.
Sementara itu, beliau berkata BN akan mengadakan Konvensyen BN peringkat kebangsaan pada 30 Nov dan perhimpunan BN secara besar-besaran pada 7 Dis nanti.