Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUCHING, 3 Nov (Iteenews) –Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) padaPilihan Raya Negeri (PRN) Sabahakan datang.
Presiden UMNO itu juga turutmemberi jaminan bahawa tiada pertindihan kerusi melibatkan kedua-dua gabungan itu, dengan penggunaan logomengikut parti masing-masing.
“Formula yang sama kita akan gunakan (bagi pembahagian kerusi)dan kerjasama dengan lain-lain gabungan (seperti Gabungan Rakyat Sabah – GRS)akan kita lakukan.
“Kita tidak akan tutup pintu perundingan dan kita juga tidak akan terlalu membuka pintu dengan besar …hal ini kita adakan rundingan dengan semua kepimpinan dalam parti komponen,” katanyadalam sidang media selepasmenghadiri Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri Sarawakdi sinihari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa kenyataan mewakiliBNdan PHperlulah datang daripada ketua gabungandan bukannya daripada mana-mana pemimpin parti.
“Selagi ketua parti gabungan tidak membuat kenyataan,lain-lain itu ialah pendirian individu dan kita (ketua parti) tidak menjadikan hal itu sebagai keputusan parti. Ia(hanya) pendapat (mereka), dan kita (ketua parti) telah selesai (rundingan) padaperingkat parti masing-masing,” katanya.