KOTA TINGGI, 2 Nov (Iteenews) — Bersatu Bahagian Tenggara didakwa terbubar serta-merta hari ini susulan keputusan ketua dan 30 ahlinya termasuk 15 ahli jawatankuasa bahagian itu yang mengumumkan keluar daripada parti berkenaan.
Ketua Bersatu Bahagian Tenggara Hassan Rasid berkata keputusanitu dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkanbeberapa faktor termasukhilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi yangdilihat gagal menguruskan partiselain tidak telus dalam melaksanakan tanggungjawab.
Beliau mendakwa tindakan pimpinan tertinggi menghantar notis rasmipembatalan pemilihan bagi cawanganKota Jaya Selatan, Bandar Tenggara Selatan dan Sungai Telor sehari sebelum ia berlangsung adalah sesuatu yang tidak cermat.
“Selain itu, Sayap Srikandi diCawangan Bandar Tenggara Selatan, Pengeli Timur, Pelepah Valleyyang layak bersidang juga tidak tersenarai dalam perwakilan pemilihanJawatankuasa Srikandi Bahagian Tenggaramalah jawatankuasa itu jugatelah digantung daripada bersidang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hassan berkata beliau danwakil beberapa cawangan yang terlibat turut membuatlima laporan polis susulan isu pengurusan parti itu.
Beliau mendakwa kira-kira500 ahli cawangan terbabit dijangkaturut mengikuti keputusankeluar dariBersatu.
Bersatu Bahagian Tenggara mempunyai 19 cawangan dengan jumlah ahli keseluruhan ialah 1,263 orang.