Demam pilihan raya semakin terasa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila ‘perang bendera’ parti mula berkibar megah di sepanjang jalan dan persimpangan utama.Warna-warni lambang perjuangan mula menghiasi ruang awam, menandakan permulaan kepada kempen yang bakal berlangsung.Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti pada 26 April ini.
TAPAH, 24 April (Iteenews) –Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim mahu golongan belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyertai proses demokrasi dengan mengundi padaPilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, Sabtu ini.
Beliau berkata penyertaan aktif anak muda penting kerana generasi ituakan menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa depan.
“Jika anak muda ambil sikap tidak peduli, kita bimbang ia akan menghakis kepercayaan dan keterlibatan mereka dalam proses politik, sedangkan mereka inilah yang akan memimpin negara suatu hari nanti,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih MADANI di Kampung Changkat Petaidi sini hari ini.
Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata AMK telah mengenal pastipengundi muda yang berada di luar kawasan dan usaha sedang dijalankan bagi meyakinkan mereka untukpulang mengundi.
“Kita mahu anak muda faham bahawa pilihan raya ini bukan sekadar pilihan raya kecil yang biasa. Ia ruang untuk menolak politik kebencian dan memperkukuh perpaduan serta hala tuju negara yang lebih progresif,” katanya.
PRK DUN Ayer Kuning yang diadakansusulan kematian penyandangnyaIshsam Shahruddinpada 22 Feb lepas,menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
Menyentuh mengenaikemenangan ramai calon muda padapemilihan PKR pada peringkat cabang khususnya di Perak,Muhammad Kamil berkata struktur kepimpinan parti itu sendiri telah menunjukkan keterbukaan kepadasuara generasi muda.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi PKR PerakMohd Azlan Helmi dilaporkan berkataramai ketua cabangbaharu terdiri daripada bekas ahli AMK antaranya di Batu Gajah, Gopeng, Tanjung Malim, Lenggong, Ipoh Timur, Padang Rengas, Bukit Gantang dan Parit Buntar.