Bekas Ahli CWC MIC K.P Samy Sertai PKR

fc0223dfe3c022cc6f534f35ce7bfadf670b9d7e4e5eaTimbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasami (dua, kiri) merangkap Naib Presiden PKR mengadakan sidang akhbar sempena pengumuman beberapa pemimpin parti politik, pemimpin NGO India dan aktivis sosial memutuskan untuk menyertai PKR dengan menerima kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim di bawah gabungan Pakatan Harapan dan Kerajaan perpaduan. Turut hadir bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, KP Samy (tiga, kiri).

KLANG, 13 Okt (Iteenews) — Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MICK.P Samy menyertai PKR, dengan melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden parti itu dan Perdana Menteri dalam memimpin negara ke arah kemajuan sertameningkatkan status sosioekonomi masyarakat India.

K.P Samy berkatabeliau telah menyerahkan permohonan keahlian kepada PKR Bahagian Klang.

Beliau turut berikrar untuk meningkatkan keyakinan masyarakat India terhadap parti itu dan membantu menyebar maklumat penting terutama berkaitan inisiatif kebajikan kerajaan.

“Tujuan saya sangat jelas. PKR merupakan platform terbesarseterusnya untuk masyarakat India, selain daripada satu parti lain.

"Walaupun ia parti pelbagai kaum, kita boleh mengukuhkan peranan masyarakat India dalam PKR. Kita juga boleh memanfaatkan platform ini untuk menghubungkan rakyat dengan menteri-menteri dalam Kerajaan MADANI untuk menyelesaikan isu-isu dibangkitkan oleh rakyat,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menjangkakan membawa kira-kira1,000 individu bersama-samanya menyertai PKR.

Sementara itu, Naib Presiden PKRK. Saraswathy yang turut menghadiri sidang media berkenaan berkata terdapat keperluan untuk ahli parti turun padang membantu memberi penjelasan dan menangani isu dibangkitkan rakyat.

“Dikatakan bahawa masyarakat India berasa kecewa kerana tiada tindakandiambil, namun sebenarnya bukan tiadatindakan. Isunya ialah apa yang dilakukantidak disampaikan dengan baikkepada rakyat.

“Sememangnya maklumat disebarkan menerusi media sosial, tetapi untuk masyarakat India, kita perlu langkah seterusnya. Kita memerlukan orang (ahli) turun padang menyampaikan mesej berkenaan secara terus kepada mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *