Timbalan Setiausaha Agung Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) K.S. Bawani dipilih menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini
Timbalan Setiausaha Agung Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) K.S. Bawani (kanan) menerima watikah calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning daripada Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj (kiri) sempena Majlis Pengumuman Calon PSM di Bilik Gerakan PSM DUN Ayer Kuning hari ini.
KAMPAR, 8 April (Iteenews) — Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) BawaniKS sekali lagi dipilih sebagai calon mewakili parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.
Pemilihan beliaudiumumkan Pengerusi PSM DrMichael Jeyakumar Devarajdi Bilik Gerakan PSM DUN Ayer Kuning di sinihari ini.
Menurut Bawani, ini merupakan kali kedua beliau bertanding di kerusi itu dan akan menggunakan kelebihan selaku anak jati Ayer Kuning bagi meraih undi.
Mengakui PSM tidak mempunyai peruntukan besar sepertiparti lawannamun beliau berkata ia tidak menjadi halangan untuk mereka menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat khususnya di DUN itu.
“Kita bukan parti baharu sebaliknya telah wujud lebih 30 tahun dahulu. Jadi, saya fikir tujuan kita bertanding ini adalah untuk menawarkan alternatif serta memastikan suara serta permasalahan yang dibawa rakyat lebih didengari,” katanya pada sidang media selepas pengumuman itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan menafikan tujuan parti berkenaan bertanding pada PRK itu untukmemecah undi.
Beliau berkata dakwaan itu tidak seharusnya timbul memandangkan PSM tidak mempunyai peruntukan kewangan yang besar untuk mengadakan pelbagai majlis atau program bagi menarik undi penduduk.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnyaIshsam Shahruddin, 59, yang rebah akibat serangan jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 April dan 22 April manakala 26 April sebagai hari pengundian.