KUALA LUMPUR, 30 Jan (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimmenyampaikan sumbangan kepadapesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Sumbanganberupa wangtunai, limau mandarindan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana MenteriDatuk Ahmad Farhan Fauzi, serta Ahli Dewan Udangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang,yang menziarahi Chai di kediamannya.
“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada Chai serta keluarganya.
“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau dalam menempuh dugaan ini,” menurut hantaran semula di Facebook Perdana Menteri hari ini.