Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

51d5575d0a62ea13e2c313a1afb6f58868189709486beRafizi Ramli

SHAH ALAM, 5 Mei (Iteenews) — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan timbalannya Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomitelah hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itudi Putrajaya, semalam.

Beliau berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan mengenai keputusan pemilihan PKR yang diadakan baru-baru ini.

"Semalam (Rafizi) hadir, kita bincang mengenai keputusan Pemilihan PKR, baik.. Alhamdulillah," katanya ketikaditemui selepas program Temu Anwar Universiti Swasta di Dewan Canselor Management and Science University (MSU) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada Rafizi hadir pada mesyuarat tersebut berikutan laporan menyatakan Ahli Parlimen Pandan itu sedang bercuti untuk suatu tempoh yang lama.

Semalamtular gambar Rafizi yang memakai baju berkotak hitam putih duduk di sebelah Anwar selepas dimuat naik olehahli MPP PKR, Datuk Hans Isaac di InstaStory.