Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir merasmikan Konvensyen Keadilan Negeri Perak hari ini.
IPOH, 27 Okt (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Beliau yang juga Presiden PKR berkata pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.
Anwar berkata keputusan untuk tidak menangguhkan pemilihan diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik parti semalam, memandangkanpenangguhan tidak diperlukan kerana tarikh jangkaan untuk Pilihan Raya Umum ke-16 masih jauh.
“Ada keperluan membina generasidalamkalangan angkatan muda, wanita. Mereka mesti diberi lebih ruang, cabang-cabangjuga begitu, jadi kitaharus melihat kemungkinan menyegerakan pemilihan parti.
“.. tetapi tidak dengancara dahulu, hiruk pikuk dan kacau bilau. Kena ikut peraturan, jadi kita sedang kaji (mekanisme pemilihan),” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perasmian Konvensyen Keadilan Perak di sini hari ini.
Turut hadirMenteri Besar Perak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi PKR Perak Mohamad Hairul Amir Sabri.
Sebelum iniSetiausaha Agung PKRFuziah Salleh berkataterdapat perbincangan serta pandangan dikemukakan mengenaipenangguhan pemilihan dibuatselepas PRU16dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Bagaimanapun Fuziah berkata ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas dicapai.
Sementara ituAnwar berkata mesyuarat semalam turut memutuskan bahawa kerjasama bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan harus diteruskan, malah lebih akrab lagi terutama di Semenanjung Malaysia.