Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor.
SHAH ALAM 28 Feb (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliaukepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Presiden PKR itu berkata kepimpinan parti terutamanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menunjukkan komitmen tinggi dengan tidak melayan sebarang cubaan merosakkan kestabilan kerajaan sedia ada.
“Kita harus hargai sokongan rakan-rakan kita terutamanya UMNO diterajui Ahmad Zahid serta GPS dan GRS yang langsung tidak melayan segala cubaan merosakkan kerukunan yang ada.
“Apa (cabaran) yang diharungi rakan-rakan kitakhususnya UMNO jauh lebih rumit, mereka lalui episod yang amat pedih dengan kekalahan (dalam pilihan raya) dan pengkhianatan yang jauh lebih besar dan mencabar daripada yang kita lalui,” katanya.
Justeru Anwar dalam ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di sini malam ini mahu setiap ahli dan kepimpinan PKR menghargai kerjasama, semangat dan muafakat yang ditunjukkan kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya UMNO.
Dalam pada itu, Anwar dalam ucapan beliauturut menjunjung kasih titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua pihak menghormati proses undang-undang membabitkan Titah Adendum.
Beliau berkata titah Sultan Pahang itu sekali gus mematikan usaha sesetengah pihak yang cuba menunggang isu Titah Adendum.
Semalam, Al-Sultan Abdullah yang berangkat keProgram Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri di Kuantanmenitahkan agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum kerana perkara itu sudah berada di bawah proses undang-undang.
Mengenai pemilihan PKR yang dijangka berlangsung Mei depan, Anwar berkata pimpinan bagi setiap Cabang PKR tidak harus didominasi oleh kaumtertentu selaras dengan asas parti berkenaan yang mementingkan inklusiviti dalam pentadbirannya.