Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Keadilan di Stadium Axiata Arena hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) menghadiri Himpunan Keadilan di Stadium Axiata Arena hari ini.Turut sama Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Para penyokong menghadiri Himpunan Keadilan yang diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lalu, di Stadium Axiata Arena hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Iteenews) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini.
Presiden PKR itu berkata pembangkang harus mengikut undang-undang dan bukan hanya bermain sentimen atau bersorak untuk menggesanya "turun"daripada jawatan itu.
"Ada 30 orang suruh Anwar turun (daripada jawatan Perdana Menteri) … dia ingat negara ini tiada peraturan, tak ikut hukum, tiada sistem (Parlimen)?
"Kalau nak suruh turun, sila bawa usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat,Oktober ini … kalau usul itu lambat sekalipun, saya luluskan,” katanya semasa berucap dalam Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat di sini malamini.
Perhimpunan yang bertemakan "Dari Reformasi ke Malaysia MADANI" di Axiata Arena, Bukit Jalil itu turut dihadiri isteri Perdana MenteriDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKRFuziah Salleh, Ketua Penerangan PKRFahmi Fadzil serta hampir 10,000hadirin.
Perdana Menteri berkata tindakan pemimpin pembangkang turut dilihat cuba untuk mempengaruhi penyokong dengan sentimen menolaknya sebagai Perdana Menteri secara semberono.
“Tak payah jerit-jerit dekat program-program (pembangkang) dia, tengok penyokong dia pun ikut ‘turun-turun Anwar’ …kamu itu turun dulu, banjir pun tak turun (bantu rakyat).
“Kita ini bukan sebarang orang, kita ini panglima reformasi,” kata beliau.
Dalam pada itu, Anwar turut menempelak sikap pembangkang yang tidak mencerminkan perjuangan Islam kerana gemar menabur fitnah, melontar kata-kata kesat dan makian kepada seteru politik.