Kredit FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada empat keluargadaripada kategorimiskin tegardi Parlimen Tambun hari ini, sebagai usaha membantumereka keluar sepenuhnya daripada kemiskinan tegar.
Sumbangan itu disampaikanoleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam siri Ziarah MADANIbagimengurangkan beban keluarga berkenaan.
“Setiap keluarga ini menghadapi cabaran yang berbeza,ada yang bekerja tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap, ada yang terpaksa menjaga ahli keluarga OKU, ada yang menguruskan ibu bapa yang uzur dan ada juga yang perlu menanggung kos perubatan anak yang sakit.
“Namunkesemuanya berkongsi satu keperluan yang sama, iaitu sokongan dan bantuan untuk keluar daripada kitaran kemiskinan tegar,” kata Ahmad Farhandalam hantaran menerusiFacebook hari ini, yangturut dikongsikan Anwar.
Beliau berkatahasil koordinasi bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), keempat-empat keluarga itukini telah keluar daripada kategori miskin tegar setelah menerima bantuan bulanan, dengan pendapatan melebihi RM312 sebulan.
Ahmad Farhan berkata mereka turut menerima bantuan daripada Zakat Negeri Perak dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Beliau berkata usaha tersebut bukan sekadar bantuan sementara, tetapi satu langkah konkrit untuk memastikan mereka dapat berdikari dan membina kehidupan yang lebih baik.
“Kerajaan MADANI komited untuk terus membantu golongan yang memerlukan, agar tiada siapa yang tercicir dalam usaha membasmi kemiskinan tegar di negara ini,” katanya.