Anthony Loke Kekal Pengerusi DAP N.Sembilan

a2b22c64244451dddbb18472e192c59a66f92adf0c590Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan bersama Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-20 hari ini.

SEREMBAN, 29 Sept (Iteenews) –Setiausaha Agung DAPAnthony Loke kekal menerajui kepimpinan DAP Negeri Sembilan selepas sebulat suara dipilih sebagai pengerusi bagi penggal 2024-2027.

Ahli Parlimen Seremban itu yang juga Menteri Pengangkutan dipilihdalam kalangan 15 jawatankuasa tertinggi yang baharu dipilih pada pemilihan Jawatankuasa DAP negeri bersempena Konnvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau yang memegang jawatan itu sejak 2004 mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 571 undi daripada 658 perwakilan yang hadir, manakala jawatan Timbalan Pengerusi juga kekal disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran.

Gunasekaran memperoleh sebanyak 482 undi.

Jawatan Naib Pengerusi pula disandang ADUN Nilai merangkap Pengerusi JawatankuasaPembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam yang juga ADUN Bahau Teo Kok Seong.

Arul Kumar memperoleh undi kedua tertinggi dalam pemilihan tersebut dengan 533 undi manakala Kok seong mendapat sebanyak 415 undi.

Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin turutkekal sebagaisetiausaha DAP negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Loke berkata kepimpinan baharu pada kali ini bukan sahaja dipilih dalam kalangan ahli berpengalaman malah turut menampilkan beberapa muka baharu bagimemberipeluang kepada mereka sekali gus meremajakan parti.

“Ini mesej yang hendak disampaikan perwakilan, sudah tentu kita akan beri ruang kepada muka baharu untuk memainkan peranan dalam kepimpinan parti dan diberi pendedahan supaya mendapat pengalaman mentadbir parti pada masa akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *