Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa ketika hadir pada Seminar Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Pengurusan Tertinggi di Menara Seri Wilayah hari ini.
PUTRAJAYA, 17 April (Iteenews) — Anggota PKR boleh membuat aduan rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)sekiranya mempunyai maklumat mengenai salah laku dan rasuah dalam pemilihan parti, kata Pengerusi JPP Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata setiap aduan diterima JPP akan diteliti dan diambil tindakan jika perlu.
"Saya kira perkara sebegini (salah laku dan rasuah) tidak seharusnya berlaku, sebab kita mahu dalam pemilihan pada kali ini atau pemilihan pada masa-masa bila pun, adalah untuk memilih pemimpin.
"Jadi seharusnya pemimpin itu kenalah daripadamereka yang ada tatakelola dan integriti baik, dan akhirnya memimpin negara dengan cara yang sebaiknya," katanya kepada media selepas Seminar Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)2025, di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata beliau menyerahkan sebarang aduan yang diterima kepadajawatankuasa aduan dipimpin Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Biro Bantahan atau Aduan Datuk Ahmad Kassim untuk mengurus danmenelitinya.
Sebelum ini Ketua Cabang Shah Alam, Rodziah Ismail yang tewas kepada pencabarnyaAhli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi, membangkitkan rasa curiga terhadap keputusan itu dan menyifatkannya sebagai 'pelik'.