Amirudin Ingatkan Calon PKR Jaga Tertib , Amal Politik Matang Ketika Berkempen

c345c671d79b3b13981444b2b4b4ec13682201eccd863Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 12 Mei (Iteenews) –Semua calon yang bertanding dalam Pemilihan PKR 2025 diingatkan supaya menjaga adab dan tertib sepanjang tempoh berkempen serta mematuhi tatacara yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Naib Presiden PKRDatuk Seri Amirudin Shari berkataperingatan itu turut ditujukan kepada dirinya memandangkan beliau turut bertanding mempertahankan jawatan disandang.

Menurutnyapemilihan kali ini bukan sahaja platform untuk memperkenalkan gagasan masing-masing, malah menjadi ruang menilai prestasi pimpinan sepanjang penggal lalu.

“Pemilihan kali ini merupakan peluang untuk melihat semula prestasi kita sebelum ini untuk dinilai oleh anggota parti, selain turut diperhatikan oleh rakyat.

“Sebagai parti teras dalam Kerajaan Perpaduan, rakyat akan memerhati segala tindak-tanduk kita. Justeru, marilah kita amalkan politik yang damai dan matang demi kepentingan bersama,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor menerusi ciapan di platform X.

Proses pencalonan yang berakhir pada Jumaat lepas menyaksikan Presiden PKRDatuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar, manakala bagi jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan antara anaknya,Nurul Izzah Anwar dengan penyandangDatuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Presiden, sebanyak 12 pencalonan diterima termasuk tiga penyandang iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian AlamNik Nazmi Nik Mat; Menteri Sains, Teknologi dan InovasiChang Lih Kangserta Aminuddin.

Setiausaha Politik kepada Menteri KewanganMuhammad Kamil Abdul Munim menang tanpa bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala jawatan Ketua Wanita menyaksikan pertandingan antara Menteri PendidikanFadhlina Sidek dan Ahli Parlimen AmpangRodziah Ismail.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Wanita dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahrudengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei.