–fotoFB Parti Amanah Negara
KUALA LUMPUR, 10 April (Iteenews) — Angkatan Muda Harapan (AMH) akan melancarkan jentera kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuningesok dengan fokus membantucalon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya tersebut.
Ketua AMH Woo Kah Leong yang juga Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berkatajentera AMH akan memberikan tumpuan untuk menterjemahkan kestabilan politik di bawah Kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat Perak..
“Kita akan pastikan mesej yang disebarkan dapat mengukuhkan perpaduan dan janakan harapan. Kestabilan politik di negeri Perak telah terbukti, dan kita ingin mengekalkannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Raya DAPSY Bersama Media di sini hari ini.
Menurut Woo, pelancaran jentera AMH akan diadakan di Arena Square, Kampung Tanjung Keramat, Temoh di Perak dan dijangka dihadiri oleh Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Dalam pada itu, Woo turut mengumumkan bahawa jentera AMH akan melibatkan setiap sayap pemuda daripada parti-parti gabungan PH dan mereka akan memanfaatkan platform media sosial untuk mendekati pengundi, terutama golongan belia di Ayer Kuning, selain menyebarkan mesej semangat perpaduan.
“Untuk pengundi muda yang tidak menetap di Ayer Kuning tetapi merupakan perantau, kita akan gunakan mesej perpaduan dan harapan untuk menyeru mereka pulang mengundi pada PRK ini,” katanya.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Feb lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, dengan penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.