KUALA LUMPUR, 21 Sept (Iteenews) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 6petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkanamaran itu meliputiPerlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.
Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak iaituKuching, Sri Aman dan Sarikei (Pakan dan Julau) dijangka mengalami fenomena cuaca yang sama.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran itubagi Sandakan, Sabah merangkumiTelupid, Kinabatangan dan Beluran.