Ketua Amanah Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain bercakap pada sidang media hari ini berhubung kekosongan kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN) Mahkota berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Iteenews) — Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sekiranya diberi peluang dan sudah menyenaraikan calon bersesuaian untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan negeri dan pusat.
Ketua Amanah Kluang Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata sokongan sertakeyakinan penduduk di Kluang terhadapPakatan Harapan (PH)adalah sangat baik dan analisis di peringkat kawasan menunjukkan parti itu boleh menangselesa berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Kita nyatakan secara terbuka rela dan bersedia untuk bertanding, harap pucuk pimpinan negeridan pusat dapat mempertimbangkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kerusi berkenaan pernah dimenangi Amanah dalam PRU14 pada 2018 dan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 meski tewas kepada Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, Amanah Kluang tetap akur dengan ketetapan Pakatan Harapan (PH) sekiranya calon selain Amanah yang akan dipilih.
Sementara itu, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata DAP Johor berpegang kepada amalan lazim PH bahawa penentuan serta pelantikan calon dan pembahagian kerusi ditentukan pucuk pimpinan parti komponen secara musyawarah tanpa perlu dibincangkan dalam media massa.
“Kami juga berpegang kepada prinsip ‘incumbency’ iaitu kerusi yang dimenangi pada PRU dan PRN sebelum ini akan ditandingi parti penyandang dalam PRK akan datang, sama seperti ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram sertaPRK yang lain.
“Biarlah kepimpinan membuat keputusan tanpa sebarang spekulasi serta tanpa mana-mana pihak membuat tuntutan terbuka di media massa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada PRU14, DUN Mahkota dimenangi PH dari Amanah selepas calonnya Muhamad Said Jonit mendapat undian 19,507 mengalahkanDatuk Md Jais Sarday (BN)dan Muhammad Hasbullah Md Najib (PAS).