Kredit: FB – Zahid Hamidi
Kredit: FB – Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Iteenews) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akanterus mara sebagai gabungan yang kukuh, relevandan sentiasa mendahulukan rakyat serta negara.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Pengerusi BN itu berkata beliau percaya perkara itumampu dicapai dengankesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
"Dalam 25 bulan yang lalu, Barisan Nasional bukan sekadar memainkan peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi menjadi tunjang kestabilan.
"Namun, kejayaan semalam bukan jaminan esok yang lebih sempurna. Cabaran sebenar adalah bagaimana kita terus melangkah, memberikan nikmat buat rakyat dalam bulan-bulan yang mendatang," katanya.
Dalam hantaran sama, Ahmad Zahid turut berkongsi mengenai sesi pramajlisbersamaahliDewan Rakyat, Dewan Negaradan Ahli Dewan Undangan Negeri BN bersempenapembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 semalam.
Beliau berkata sesi itu antara lainbagi memperkukuhkesatuan serta hala tuju BN pada sidang Parlimen kali ini.