Ahli PKR Perlu Contohi Kerja Keras PM Pimpin, Bangunkan Negara – Fuziah

804044f9e7d685790dd398cfdba71624682f4aa389cdbSetiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Dr Fuziah Salleh semasa menyampaikan ucapan pada perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan sempena Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR).

JOHOR BAHRU, 22 Mei (Iteenews) — Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlumencontohi kepimpinan dan kejayaan Presidennyayang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup bekerja keras sehingga berjaya membawa nama Malaysia gah dipersada dunia.

Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata Malaysia di bawah pimpinan Anwar ketika ini juga melaksanakan tadbir urus yang baik bagi membangunkan negara.

“Presiden kita daripada reformis kini sudah menjadi negarawan, kita sekarang Pengerusi ASEAN. Beliau berjaya membawa suara Malaysia itu menjadi pendamai, suara Perdana Menteri itu jadi penyatu, beliau berani menyatakan pandangan di pentas dunia, seluruh dunia melihat kepimpinan Presiden, inilah model terbaik untuk kita.

“Malah Presiden beri pedoman dan cabaran kepada kita semua, beliau jauh lebih berumurnamun lebih kuatdansebagai anak muda, kadang-kadang kita rasa kita tak terkejar dengan beliau… begitu laju, begitu pantas, begitu banyak programnya. Presiden kerja keras, takkan kita nak kata penat, nak slow down, jadi ini seharusnya menjadi dukungan kita,” katanya di sini malam ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita PKRyang turut dihadiri Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi serta Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Ketua Wanita PKR merangkap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidekdan Ketua AMK yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

Fuziah, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, turut mengajak semua ahliPKR terutama sayap parti itu untukbekerja bersama-sama bagi memastikan Perdana Menteri terus menerajui tampuk pemerintahan negara bagi penggal kedua.

“Kita adalah penggeraknya, ejen-ejen untuk memastikan agenda ini berlaku dengan memastikan dasar-dasar MADANI tidak hanya bertunas tetapi membuahkan hasil untuk generasi akan datang.

“MADANI bukan sekadar slogantetapi amat penting untuk menterjemahkannya kepada tingkah laku, proses membuat keputusan sekali gus menjadi dasar-dasar yang akan meneraju (pembangunan negara) dan ini memerlukan kemampuan kita untuk menggarap seluruh kekuatan kita di dalam parti,” katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Fuziah berkata ahliparti perlu menawarkan politik nilai dan khidmat kepada masyarakatbukannya politik retorikselainmenekankan pentingnya untuk semua ahlikekal bersatu pascapemilihan pimpinan peringkat pusatyang berlangsung esok.