Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap yang juga Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu (empat kiri) dan Menteri Bersar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (empat kanan) bergambar ketika hadir ke Konvensyen Amanah Negeri Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Midlands Seksyen 7 Shah Alam. Turut hadir Pengerusi Amanah Negara Negeri Selangor Ir Izham Hashim (tiga kiri).
SHAH ALAM, 24 Nov (Iteenews) — Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan'di negara ini adalah berbahaya danperlu ditangani segera, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata perkara itu yang digunakansebagai modal politik oleh sesetengah pihakperludilawan secara berterusan justeruahli Amanah mestilah memainkan peranan menangkis dakwaan tersebutdengan fakta sama ada secara terus kepada masyarakat mahupun menerusimedia sosial.
Menurut Mohamad, Pakatan Harapan (PH) menjadi mangsa naratif itupada pilihan raya umum lepas.
"Islam terancam dan perlu diselamatkan dengan menolak PH dan gabungannya ialahpersepsi yang ditanam pihak lawan untuk memerangkap pemikiran rakyat.
“Fahaman ini ada dalam masyarakat dan kita akan hadap dengan hujah baik, sesuai dengan konsep Islam rahmat untuk semua,” katanya padasidang mediaselepas merasmikan Konvensyen Amanah Selangor 2024 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain.
Selain itu, Mohamad berkata sebarang tuntutan kerusi bagi mendepani pilihan raya di masa hadapan bergantung kepada perbincangan serta keputusan semua parti gabungan Kerajaan Perpaduan.