ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian – Ahmad Maslan

aa920deadd6bc09bfc8e449ad2e9471766b0b25224cbe Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (dua, kiri) sewaktu hadir pada lawatan kerja untuk meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 25091ce7681ce4f0338e6b2ba1bd1c1566b0b2a02645e Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (kiri) menunjukkan pembinaan jalan baharu pada lawatan kerja untuk meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 5 Ogos (Iteenews) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis tahu mengenai implikasi surat perjanjian dan aku janji ditandatangani setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang antara lain menyatakan denda RM100 juta jika mengkhianati parti.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada UMNO itu bertujuan menjadikannya muflis, adalah alasan semata-semata.

"Kita sediakan peguam sebelum mereka tandatangan (surat perjanjian), kita juga sediakan video untuk mereka faham sebelum tandatangan. Itu hanya alasan dia (Muhammad Jailani), alasan tidak kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian dalamsidang media semasa meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu sepanjang 750 meter dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 Gua Musangdi sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Rayaturut meragui dakwaan Muhammad Jailani bahawa beliau menyertai PAS pada Jun tahun lepas,sebulan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan enakmen berkaitan antilompat parti.

Rabu lepas, mesyuarat MKT UMNO bersetuju memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap Muhammad Jailani yang diumum Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyertai parti itu sejak Jun tahun lepas.

Pada Sabtu, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Muhammad Jailani bagi menuntut bayaran denda RM100 juta berikutan tindakanmenyertai PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *